Gambar profail Kyrie Irving papar imej kanak-kanak Palestin dihalang tentera Israel

BINTANG bola keranjang Kyrie Irving sekali lagi mencuri perhatian apabila menukar gambar profil akaun Instagram miliknya kepada imej yang memaparkan seorang kanak-kanak Palestin dihalang oleh tentera Israel daripada menghadiri sekolah di Tebing Barat yang diduduki.

Imej tersebut, yang dikongsi kepada lebih 20 juta pengikutnya, menunjukkan seorang budak lelaki Palestin duduk sambil memegang buku, menoleh ke arah sekumpulan tentera Israel yang berdiri di belakang pagar kawat berduri berhampirannya.

Ini bukan kali pertama pemain berusia 33 tahun itu menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin. Pada Februari lalu, Irving tampil memakai baju bertulis “PRESS” semasa acara NBA All-Star Game sebagai tanda penghormatan kepada wartawan yang membuat liputan perang di Gaza.

Menurut laporan, baju tersebut turut disertakan dengan mesej “Dedicated to our beloved journalists in Gaza showing the world the truth”.

Pada November 2024, dalam satu sesi temu bual sebelum perlawanan, pemain Dallas Mavericks itu dilihat memakai rantai berbentuk peta Palestin dengan bendera Palestin. Setahun sebelumnya pula, beliau menghadiri sidang media selepas perlawanan dengan mengenakan keffiyeh, penutup kepala tradisional yang melambangkan identiti rakyat Palestin.

Tindakan Irving itu terus mencetuskan perbincangan dalam kalangan peminat dan pemerhati sukan mengenai peranan atlet dalam menyuarakan isu kemanusiaan di peringkat global.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img