H 1 cecah RM10.77 juta, nombor plat termahal siri khas Hari Malaysia

NOMBOR pendaftaran kenderaan “H 1” mencatat bidaan tertinggi sebanyak RM10,777,777 bagi siri khas “H” yang diperkenalkan sempena sambutan Hari Malaysia.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan hari ini memaklumkan siri “H” berjaya mengumpul RM91.2 juta nilai bidaan, selain RM1.94 juta kutipan fi perkhidmatan sepanjang tempoh bidaan dari 16 hingga 20 September.

Seramai 34,664 peserta menyertai bidaan itu, manakala sebanyak 8,223 nombor pendaftaran berjaya dimiliki pembida.

Selain “H 1”, antara bidaan tertinggi ialah:

H 9 – RM4,969,999

H 3 – RM4,209,777

H 5 – RM4,007,777

H 8 – RM4 juta

H 6 – RM3.38 juta

H 2 – RM3.18 juta

H 7 – RM3.1 juta

Bagi nombor yang menerima penyertaan pembida paling ramai, “H 1001” dan “H 100” masing-masing menarik 37 pembida.

Ia diikuti “H 1805” dengan 36 pembida, manakala “H 1777” dan “H 4818” masing-masing menerima 32 bidaan.

Kementerian itu berkata hasil daripada siri nombor pendaftaran khas itu akan disalurkan kepada program di bawah kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuk inisiatif keselamatan jalan raya.

Siri awalan “H” sebelum ini lazimnya dikaitkan dengan kenderaan teksi. Bagaimanapun, JPJ menjelaskan siri “H” yang baharu itu berbeza kerana pendaftaran teksi menggunakan huruf “H” bersama awalan negeri, seperti HP bagi teksi di Pulau Pinang.

JPJ sebelum ini menjelaskan huruf tunggal “H” dipilih sebagai simbol “harmony” (keharmonian) sempena Hari Malaysia.

Siri berkenaan juga merupakan siri terakhir nombor pendaftaran satu huruf yang akan ditawarkan oleh JPJ.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here