Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima individu terhempas

SEBUAH helikopter membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang STOLport di Marudi, Sarawak petang ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan, helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu sedang menjalankan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara ketika kejadian.

Menurutnya, CAAM menerima makluman berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (Flight Information Service) pada jam 3.58 petang.

SEBUAH helikopter perkhidmatan doktor udara membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang STOLport di Marudi, Sarawak petang ini. GAMBAR: tular Threads

“Helikopter itu sedang menjalankan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara dengan lima individu berada di dalamnya termasuk juruterbang,” menurut kenyataan itu hari ini.

HELIKOPTER Perkhidmatan Doktor Udara jenis BO-105. GAMBAR: Airliners.net

CAAM berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Difahamkan Long Lellang STOLport terletak di kawasan pedalaman Sarawak dan menjadi antara laluan yang menghubungkan komuniti terpencil di kawasan berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here