Ismail jalankan tugas Menteri Besar seperti biasa?

DESAS-desus yang menyatakan Datuk Ismail Lasim kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan mungkin ada kebenaran apabila hari ini beliau dilihat terus menjalankan tugas seperti biasa.

Melalui hantaran dalam Facebook, Ismail berkata, pagi ini beliau berada di Pejabat Setiuasaha Kerajaan Negeri SUK) Negeri Sembilan bagi perjumpaan bersama Akhmal Abu Basar, Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang baharu, menggantikan Zairil Azwan Zulmuji yang akan berpindah ke Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ismail mengucapkan selamat menjalankan amanah kepada  Akhmal.

‘’ Semoga dapat memperkukuh pengurusan sumber manusia dan kecemerlangan perkhidmatan awam negeri. Terima kasih juga kepada En. Zairil Azwan atas perkhidmatan serta selamat maju jaya di tempat baharu,’’ katanya.

Rata-rata komen dalam hantaran bersyukur Ismail kembali bertugas dan mendoakan kejayaan beliau.

Kelmarin Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr.Zambry Abdul Kadir memaklumkan Ismail telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Manakala Pengerusi BN, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan BN telah menyerahkan satu nama bagi menggantikan Ismail. Bagaimanapun pagi semalam Istana Negeri Sembilan menegaskan, peletakan jawatan Ismail belum lagi diperkenankan oleh Tuanku Muhriz.

Petang semalam, Ismail menghadap Tuanku Muhriz  dan timbul laporan menyatakan beliau kekal sebagai Menteri Besar kerana baginda tidak perkenan peletakan jawatan Ismail.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here