Wanita Myanmar sanggup bayar RM3,000 untuk masuk Malaysia secara haram

DEMI mencari rezeki untuk menyara keluarga, seorang wanita warga Myanmar sanggup mengambil risiko memasuki semula Malaysia secara haram sebelum ditahan pihak berkuasa di Kota Bharu, semalam.

Wanita berusia 30 tahun yang hanya dikenali sebagai Erika itu berkata, dia sebelum ini bekerja di sebuah restoran di Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah sejak tahun lalu.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun itu mendakwa membayar RM3,000 kepada seorang ejen Thailand bagi menguruskan perjalanan dari Tak Bai ke Selangor untuk bekerja sebagai tukang masak.

Menurutnya, selepas pulang ke Myanmar bulan lalu, dia menyangka boleh kembali bekerja di restoran sama sebelum mengambil keputusan memasuki Malaysia sekali lagi bersama dua sahabatnya berusia 18 dan 28 tahun.

Bagaimanapun, hasrat mereka mencari pekerjaan di negara ini tidak kesampaian apabila ketiga-tiganya ditahan di Tumpat selepas memasuki Malaysia secara haram melalui sempadan Kelantan.

Mereka antara sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7.

“Saya tahu saya melakukan kesalahan di negara ini, tetapi saya tiada pilihan lain. Saya terpaksa datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan sebagai tukang masak di Puchong bagi menyara keluarga,” katanya, lapor BH.

Kesemua PATI itu termasuk empat lelaki menaiki sebuah kereta ketika ditahan di Pengkalan Kubor sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk siasatan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here