Jurubahasa isyarat RTM Abby Tan meninggal dunia, Fahmi Fadzil ucap takziah

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohammad Fadhil Tan Razman Tan atas pemergian jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu hari ini.

Dalam satu kenyataan menerusi platform X, Fahmi berkata, Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Abby Tan terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 6 Mac lalu.

“Semoga keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini. Takziah juga saya ucapkan kepada rakan-rakan di RTM, khususnya di Bahagian Berita Ehwal Semasa.

“Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Allahyarham terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung ibunya di Ipoh, Perak dengan menunggang motosikal.

Dalam kejadian antara jam 9 hingga 10 malam itu, Allahyarham dipercayai menjadi mangsa langgar lari membabitkan sebuah lori di kawasan Simpang Pulai.

Berikutan kemalangan itu, Allahyarham dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sebelum meninggal dunia hari ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img