Kalau tubuh penuh kudis, jangan dok tunjuk panau kat badan orang

AWANG selalu pesan kat kawan-kawan, dalam hidup ni kita kena selalu bermuhasabah.Kalau orang tua-tua, mereka akan cakap ‘rajin-rajin tengok cermin’.  Begitulah juga dalam politik. Jangan cepat sangat teruja nak ‘serang’ musuh politik kita, kalau parti kita sendiripun ada banyak masalah dan ‘penuh tragedi’.

 Dalam isu dana politik melibatkan Bersatu dan Pas. Bila Bersatu kata mereka bagi banyak dana kat Pas, musuh politik kepada kedua-dua parti itu  apa lagi  bergeleklah macam 40 penyamun menari dalam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’. Tetapi apabila Pas khususnya Sanusi Md.Nor  jawab dakwaan Bersatu dan sindir  Puad Zarkashi pasal nak jadi calon dalam parti pun pakai duit. Semua diam.

Awang ikut politik ni dah lama, setiap parti tu Awang tahu macam mana latar belakang  dan  perjalanan politik mereka. Cuma dalam bab duit ni, Awang cenderung untuk percaya kepada Pas berbanding Bersatu. Sejak dulu lagi Pas hidup atas sokongan ahli-ahlinya. Mereka buat kerja ikhlas demi perjuangan parti.

Kalaulah PRU-15 Pas dikatakan menang 43 kerusi hasil duit Bersatu..macam mana pula dengan kejayaan Pas dalam pilihan raya sebelum itu termasuklah memerintah Kelantan sejak 1990 dan Terengganu sejak 2018? Bersatu hanya wujud dan diasaskan oleh Dr.Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin pada 2016.

Satu lagi, betul juga cabaran Sanusi kepada Dr.Marzuki supaya kemukakan perincian bagi membuktikan dakwaan beliau itu. Awang pun nak tahu kalau betul Bersatu salurkan kenapa tak sampai kat Pas? Tercicir jalan ke…kayala sampai yang ‘jumpa’ duit. Semua ni kena jelas sebab sekarang ni tak pasal-pasal Pas dituduh macam-macam terutama daripada pemimpin UMNO.

Sebenarnya bab-bab duit, bab dana pilihan raya, Awang rasa lebih baik UMNO tak payahlah masuk campur termasuk individu yang dah masuk ‘geng veteran’. Kalaupun nak nampak relevan   bila bab dana-dana dan perbelanjaan…tak payah kot nak menyibuk. La ni saja UMNO nak ‘slow’ bab duit, dulu bukan main sampai nak pilih ketua cawangan pun kena ada ‘bajet ikhlas’…itulah pandangan orang.

Macam Awang cakap kalau kita penuh parut kudis, jangan dok kat panau kat orang lain..Lagipun dalam situasi politik sekarang, Awang tak nampak apa yang berlaku antara Bersatu-Pas akan menguntungkan UMNO.

Begitu juga bila Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajidi Dusuki dedahkan pula apa yang ditafsirkan sebagai perangai Pas yang lebih utamakan politik  berbanding UMNO bila mahu membuat kerjasama.

Awang tidak mahu buang masa ulas apa yang Asyraf Wajidi kata sebab sebelum ini beliau kata  Pas tolak Muafakat Nasional kerana mahukan dana Bersatu tetapi kalau siapa dengar penjelasan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramah sempena  muktamar beberapa hari lalu, mereka tahu la apa sebenarnya berlaku.

Jadi Awang nak nasihatkan pemimpin-pemimpin UMNO cukup-cukuplah cari isu nak ‘serang’ Pas, setakat ini Awang tak nampak apa-apa hasil. Bila ‘serang’ Pas, UMNO bukan makin kuat tetapi makin diketawakan orang, ibarat tunjuk kain orang lain terkoyak, kain sendiri sudah terlondeh.

Awang – pakai jubah kulit terlindung



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img