Kebakaran kilang gula-gula di Banten, enam ditemukan, 36 mangsa masih hilang

PASUKAN  mencari dan menyelamat (SAR) gabungan membawa keluar enam mayat dari lokasi kebakaran kilang gula-gula milik PT Fonusa Agung Mulia (FAM) di Kawasan Industri Pancatama, Banten, Indonesia, hari ini.

Kesemua mayat itu dibawa ke Hospital Bhayangkara Banten untuk menjalani proses pengecaman.

Memetik laporan Kompas.TV, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Daerah Banten, Maruli Ahiles Hutapea berkata, proses pengecaman akan dilakukan pasukan bedah siasat Polis Republik Indonesia (Polri).

Menurutnya, pihak polis turut bekerjasama dengan keluarga mangsa dan pengurusan syarikat bagi mengenal pasti pekerja yang dipercayai berada di dalam kawasan kilang ketika kebakaran berlaku pada jam 6.30 pagi (7.30 pagi waktu Malaysia) hari ini.

“Kami juga terus berkoordinasi dengan pihak keluarga dan syarikat bagi memastikan keberadaan pekerja yang diduga berada di dalam kawasan kilang ketika kebakaran berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi  Pejabat SAR Banten, Rizky Dwianto berkata, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan 36 individu yang masih hilang.

Beliau berkata, seramai 15 orang berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian itu berdasarkan data sementara setakat ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here