Kekayaan Prabowo cecah RM582 bilion (Rupiah 2.066 trilion)

PRABOWO  Subianto dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah Rp2.066 trilion atau kira-kira RM582 bilion berdasarkan Laporan Harta Kekayaan Penyelenggara Negara (LHKPN) bagi tahun pelaporan 2025 yang diumumkan secara rasmi oleh Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK).

Jurucakap KPK, Budi Prasetyo berkata laporan harta Presiden Indonesia itu telah selesai melalui proses verifikasi dan kini boleh diakses secara terbuka oleh masyarakat menerusi sistem e-LHKPN.

“LHKPN Presiden sudah disahkan lengkap dan kini telah disiarkan sebagai bentuk ketelusan kepada masyarakat,” katanya kepada media di Jakarta, hari ini, lapor Media Indonesia.

KPK turut memuji kepatuhan Prabowo dalam melaporkan harta kekayaannya dan menyifatkan tindakan itu sebagai contoh positif kepada pegawai awam serta penyelenggara negara lain dalam usaha mencegah rasuah.

Berdasarkan data yang diterbitkan, sebahagian besar kekayaan Prabowo datang daripada pemilikan surat berharga dan aset hartanah.

Antara aset terbesar yang dimiliki beliau ialah sebuah hartanah di Jakarta Selatan dengan keluasan tanah 8,365 meter persegi dan bangunan seluas 2,175 meter persegi yang dianggarkan bernilai Rp178.4 bilion atau sekitar RM50.2 bilion.

Selain itu, Prabowo turut memiliki beberapa aset di Bogor, Jawa Barat termasuk tanah seluas 48,970 meter persegi bernilai kira-kira Rp10 bilion (RM2.8 bilion) serta beberapa hartanah lain bernilai Rp4.5 bilion (RM1.3 bilion).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img