Kementerian teliti undang-undang lebih tegas tangani kecurian kabel rel kereta api

KERAJAAN menimbang langkah memperketatkan undang-undang dan memperluas penggunaan teknologi pemantauan bagi membendung kegiatan kecurian kabel landasan kereta api yang semakin berleluasa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu sedang diteliti bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk kemungkinan memperkenalkan tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pelaku jenayah berkenaan.

Menurutnya, kecurian kabel landasan tidak boleh dilihat sebagai kes jenayah biasa kerana memberi kesan langsung kepada keselamatan pengguna serta kelancaran perkhidmatan kereta api.

“Kementerian Pengangkutan bersama (KTMB) Keretapi Tanah Melayu Berhad dan RAC (Railway Assets Coporation Malaysia) sedang meneliti penggunaan teknologi pemantauan yang lebih berkesan bagi mengesan serta mencegah kegiatan itu daripada terus berulang.

“Langkah pertama yang kita lihat ialah dari segi teknologi, bagaimana kita boleh memasang sistem pemantauan yang lebih baik dan berkesan di kawasan landasan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin atau Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP), Padang Besar, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, kecurian kabel landasan KTMB menggugat keselamatan ribuan penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu setiap hari termasuk untuk termasuk berulang-alik ke tempat kerja.

Dalam pada itu Loke mengulas, antara cabaran utama ialah harga tembaga yang tinggi selain rangkaian landasan kereta api negara yang melebihi 1,000 kilometer, sekali gus menyukarkan pemantauan secara menyeluruh.

Katanya, kementerian turut meneliti pendekatan dan penyelesaian yang digunakan di negara lain berikutan isu sama turut berlaku di banyak negara yang mempunyai sistem rel.

“Ini bukan masalah di Malaysia sahaja tetapi berlaku di seluruh dunia. Ada negara yang sudah pun mempunyai kaedah lebih baik untuk menanganinya,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img