PH juga bersedia bertanding di semua 36 kerusi di Negeri Sembilan – Loke

SUASANA Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor bertukar gamat apabila Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke melontar cadangkan supaya gabungan itu turut bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, kesemua 36 kerusi yang akan PH ditandingi selari dengan pengumuman dibuat Barisan Nasional (BN) Johor yang mahu bergerak solo bertanding di 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Kalau Johor nak lawan 56 DUN, Negeri Sembilan pun kita lawan 36 DUN. Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok,” katanya.

Ucapan Menteri Pengangkutan itu kemudiannya disambut sorakan dan laungan semangat yang bersetuju daripada perwakilan yang memenuhi dewan konvensyen.

Terdahulu, spekulasi berkaitan kemungkinan pembubaran DUN Johor terus hangat diperkatakan susulan dakwaan sidang khas DUN akan diadakan pada 24 Jun depan.

Semalam, BN Johor mengumumkan akan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN negeri.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img