Kerajaan perkukuh keterjaminan makanan hadapi Super El Nino

KERAJAAN meneliti langkah mitigasi bagi menghadapi jangkaan fenomena Super El Nino yang diramal melanda Malaysia bermula November 2026, khususnya bagi mengurangkan kesan terhadap pengeluaran makanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diminta menyediakan langkah mitigasi segera selain memastikan komuniti petani terus dilindungi.

DATUK Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 di Parlimen Malaysia hari ini. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Dalam satu hantaran di laman Facebook, beliau memaklumkan perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikannya hari ini.

“Mesyuarat membincangkan jangkaan fenomena Super El Nino yang diramal melanda Malaysia bermula November 2026.

“KPKM diminta segera menyediakan langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya terhadap pengeluaran makanan serta memastikan komuniti petani terus dilindungi,” katanya menerusi hantaran itu.

Menurut beliau, mesyuarat itu turut meneliti isu kerjasama sektor perikanan dengan kerajaan Thailand, termasuk usaha memastikan produk perikanan memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti makanan ditetapkan.

Beliau berkata, libat urus berterusan perlu dilaksanakan bersama komuniti nelayan supaya kepentingan mereka terus terpelihara.

Kerajaan katanya, akan terus memperkukuh sektor agromakanan melalui penggunaan teknologi, inovasi serta amalan terbaik bagi memastikan pengeluar tempatan kekal berdaya saing dan bekalan makanan negara terjamin.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img