Kerangka siasatan Mafia Korporat dibentang minggu depan

KERAJAAN dijangka membentangkan kerangka terma rujukan bagi pasukan khas yang akan menyiasat dakwaan berkaitan Mafia Korporat dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jemaah Menteri pada mesyuarat yang dipengerusikannya hari ini.

Menurutnya, kerangka berkenaan akan menjadi panduan kepada pasukan khas itu dalam menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang dibangkitkan.

“Perdana Menteri memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa dalam isu Mafia Korporat, kerangka terma rujukan bagi pasukan khas yang akan menyiasat dakwaan berhubung isu terbabit akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini.

Perkembangan itu susulan perhatian terhadap dakwaan kegiatan Mafia Korporat yang memerlukan penelitian dan siasatan lanjut bagi memastikan perkara berkenaan ditangani secara teratur.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here