Kertas siasatan kes gaduh di Jinjang dirujuk kepada TPR – Polis

KERTAS siasatan kes rusuhan dan pergaduhan sekumpulan individu bersenjata sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, pada masa yang sama tempoh tahanan 13 individu yang direman tujuh hari sebelum ini telah disambung sehingga 23 Jun depan.

“Untuk 13 orang ini, hari ini kita rujuk (kertas siasatan kepada) TPR untuk cadangan pertuduhan.

“Masih terdapat lima lagi individu dikenal pasti yang sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, 13 lelaki berusia antara 18 hingga 51 tahun itu diberkas dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian menerusi beberapa operasi serbuan di sekitar ibu negara.

Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Sentul menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada orang awam pada jam 3.27 petang yang memaklumkan mengenai insiden berkenaan

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img