Ketua Pengarah JUPEM hadapi 2 pertuduhan rasuah lebih RM130,000

KETUA Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan dana Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) berjumlah lebih RM130,000.

Datuk Hazri Hassan, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu sebaik sahaja ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham, saya tidak mengaku bersalah,” katanya.

Bagi pertuduhan pertama, Hazri didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pengarah JUPEM dan Pengerusi LJT untuk memperoleh suapan iaitu dana LJT berjumlah RM30,201.16 dan RM105,914 untuk diri sendiri, dengan mengambil bahagian di dalam Mesyuarat Lembaga LJT.

Mesyuarat berkenaan bagi membincangkan mengenai penyertaan beliau dalam Sesi ke-14 Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pengurusan Maklumat Geospatial Global di New York, Amerika Syarikat pada 4 hingga 9 Ogos 2024.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengambil bahagian dalam Mesyuarat Lembaga LJT yang membincangkan mengenai penyertaannya di dalam `Mesyuarat LJT dan JUPEM bersama Profesor Dr Shaikh Mohamed Zaffar Sadiq Mohamed Ghouse, Naib Presiden dan Pengarah Penasihat & Inovasi Woolpert dan Mesyuarat Plenari ke-5 Kumpulan Peringkat Tinggi bagi Rangka Kerja Maklumat Geospatial Bersepadu dan Mesyuarat Biro serta Biro Diperluas Bagi Jawatankuasa Pakar’.

Penyertaannya dalam mesyuarat berkenaan adalah di Madinah dan Jeddah, Arab Saudi pada 29 Januari hingga 4 Februari 2025.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Aras 7, Wisma LJT, Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur pada 3 dan Ogos 2024 dan bilik Park View 2, Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur pada 31 Disember 2024.

Berikutan itu, Hazri didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi perkara kesalahan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img