KPDN, industri pantau rapi gangguan sementara bekalan bahan api

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama pihak industri sedang memantau secara rapi situasi peningkatan permintaan bahan api yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan sementara di segelintir stesen minyak.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah pemulihan bekalan kini dilaksanakan dengan kadar segera.

Beliau turut menegaskan bahawa kedudukan bekalan bahan api negara masih stabil dan mencukupi.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak panik dan meneruskan pembelian seperti biasa.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan keadaan kekal terkawal. insya-Allah, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons lanjut kepada kenyataan media Shell Malaysia Trading Sdn Bhd susulan kemungkinan terdapat peningkatan sementara yang mengakibatkan kekurangan bahan api di stesen minyak miliknya.

Shell Malaysia juga memohon maaf atas sebarang kesulitan dialami pelanggan dan berjanji akan berusaha memulihkan bekalan di stesen-stesen yang terjejas secepat mungkin.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img