Ulat foto: DBKL keluarkan enam notis kompaun dalam Op Lens di KLCC

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan enam notis kompaun terhadap individu yang menjalankan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran atau dikenali sebagai ‘ulat foto’ di kawasan tumpuan awam sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), semalam.

DBKL dalam kenyataan memberitahu, lima daripada individu yang ditahan adalah bukan warganegara selain pihaknya turut menyita 11 peralatan berkaitan aktiviti fotografi.

Menurut kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan melalui Op Lens dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Operasi bersepadu DBKL, PDRM dan JPN kali ini dijalankan bagi mengambil tindakan terhadap individu yang menyediakan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran secara terbuka di tempat awam.

“Menerusi operasi itu, DBKL mengeluarkan enam notis kompaun terhadap individu yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran selain membuat 11 sitaan pelbagai peralatan jurufoto,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut DBKL, tindakan berkenaan diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

Media sebelum ini melaporkan, kegiatan jurugambar tidak berlesen atau ‘ulat foto’ di sekitar KLCC masih berleluasa.

Dalam pada itu, DBKL akan terus memantau dan menjalankan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan berkenaan kekal selamat serta tidak mengganggu pengunjung.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img