Lagi rumah anggota DPR Indonesia diserbu, barang-barang diambil, kucing ‘dijadikan binatang angkat’

KEMARAHAN orang ramai terhadap beberapa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia terus memuncak apabila malam tadi sebuah lagi rumah menjadi sasaran.

Selepas rumah Ahmad Sahroni dan Uya Kuya, malam tadi rumah Eko Patrio di Jalan Karang Asem, Kuningan Jakarta pula diserbu.

 

Eko Patrio bergambar di hadapan rumah mewah beliau di Kuningan Jakarta Timur.

Orang ramai mula berkumpul di hadapan rumah Eko Patrio yang berharga Rupiah 150 miliar  (RM58 juta) kira-kira pukul 8 malam (pukul 9 malam waktu Malaysia). Mereka menunggu di situ sebelum memaksa pengawal keselamatan membuka pintu pagar.

Orang ramai kemudian memecah pintu pagar dan menyerbu masuk ke rumah Eko Patrio untuk mengambil apa sahaja barangan yang sempat.

Sejumlah perabot rumah, pakaian hingga barangan elektrik berserakan, lantai rumah penuh dengan serpihan cermin dan tingkap berkecai dilempar objek. Tidak terkecuali beberapa kucing turut diambil oleh orang ramai.

Anggota keselamatan yang berada di tempat kejadian tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan jumlah orang ramai semakin bertambah.

Eko Patrio menjadi sasaran kemarahan orang ramai apabila beliau dilihat antara anggota DPR berjoget ketika sidang dewan tersebut pada 15 Ogos lalu, ketika demonstrasi sedang memuncak di kota Jakarta.

‘’Dengan penuh kerendahan hati, saya Eko Patrio menyampaikan permohonan maaf sedalam-dalamnya kepada masyarakat atas keresahan yang timbul akibat perbuatan yang saya lakukan.

‘’Tidak sedikitpun tersirat niat daripada hati saya untuk mengeruhkan keadaan. Tentunya ke depan saya akan lebih berhati-hati dalam perbuatan dan menyampaikan pendapat,’’ katanya dalam video permohonan maaf lewat malam tadi melalui akaun instagram beliau.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img