GERAKAN Houthi Yemen mengesahkan Perdana Menteri mereka , Ahmed Ghaleb Nasser al-Rahawi terbunuh dalam seranhan udara oleh Israel awal minggu ini.
Kumpulan yang disokong oleh Iran tersebut turut memaklumkan beberapa pegawai kanan Houthi turut maut ketika Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyerang ibu kota Yemen, Sanaa pada Khamis lalu.
IDF menyatakan ketika ini mereka menyerang sasaran militer Houthi di wilayah Sanaa, tanpa memberikan maklumat lanjut.
Houthi menguasai sebahagian besar wilayah Yemen barat laut sejak 2014, setelah menggulingkan pemerintah yang diiktiraf masyarat antarabangsa sehingga akhirnya mencetuskan perang saudara.
Dalam satu kenyataan, Houthi berkata, Rahawi terbunuh bersama beberapa menteri Houthi, walaupun tidak menyatakan nama-nama lain.
Portal berita Arab Saudi, al-Hadath melaporkan, antara yang terbunuh ialah Menteri Luar Negeri Houthi, Menteri Kehakiman, Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Urusan Sosial dan Tenaga Kerja, lapor media antarabangsa awal pagi ini.
Pejabat Presiden Houthi Mahdi al-Mashat turut memaklumkan beberapa menteri lain mengalami luka ringan dan parah serius akibat serangan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri Houthi, Muhammad Ahmed Miftah akan mengambil alih peranan Rahawi.
Rahawi menjadi Perdana Menteri Houthi sejak Ogos 2024. Beliau dilihat sebagai pemimpin gerakan dan perancang operasi ketenteraan.
Sejak perang antara Israel dan Hamas di Gaza, Houthi telah melancarkan peluru berpandu ke Israel dan mensasarkan kapal-kapal komersial di Laut Merah dan Teluk Aden. Mereka bertindak sebagai solidariti bersama Palestin.
Berikutan itu Israel melancarkan serangan udara terhadap wilayah Yemen yang dikuasai oleh Houthi .



