Lapan parti politik sertai Musyawarah Isu-Isu Islam, Bumiputera

SEBANYAK lapan buah parti politik berteras Islam, Melayu dan bumiputera menghadiri Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera di Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan  Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang  diberi amanah oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi untuk mempengerusikan musyarawah itu berkata, ia menghimpun pelbagai tidak kira dari blok kerajaan mahupun pembangkang.

‘’Lapan politik utama yang terlibat termasuklah UMNO, Pas, PKR, Amanah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Berjasa, KIMMA, dan Parti Ikatan Bangsa (IKATAN).

‘’Musyawarah ini menjadi wahana penting untuk bertukar pandangan secara terbuka demi mencari titik persefahaman dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama yang melibatkan Islam, Melayu dan Bumiputera di negara ini,’’ katanya melalui Facebook beliau.

Asyraf Wajdi berkata, hakikatnya, dalam sistem demokrasi, parti-parti politik boleh berbeza pandangan sama ada berada di blok kerajaan mahupun pembangkang.

‘’Perbezaan itu adalah lumrah dalam politik. Namun apabila menyentuh soal kepentingan Islam, kedudukan Melayu serta masa depan Bumiputera, ia seharusnya menjadi titik temu yang menyatukan kita semua melangkaui perbezaan politik kepartian,’’ katanya.

Dalam mesyuarat itu kata beliau, semua parti sepakat untuk ditubuhkan Sekretariat Musyawarah Parti-Parti Teras Islam, Melayu dan Bumiputera sebagai platform atau wahana yang akan menyediakan ruang untuk perbincangan, perundingan dan dialog terbuka, tulus dan telus secara berterusan dalam isu-isu berkepentingan bersama menyentuh kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera,’’ katany.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img