IRGC lancar peluru berpandu Khoramshahr-4 ke Tel Aviv

KOR Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran melancarkan peluru berpandu berat Khoramshahr-4 ke arah Tel Aviv hari ini sebagai sebahagian daripada gelombang ke-19 operasi ketenteraan yang dikenali sebagai Operation True Promise 4.

Menurut kenyataan rasmi IRGC, peluru berpandu tersebut, yang masing-masing membawa kepala peledak seberat satu tan, disasarkan ke kawasan tengah Tel Aviv, termasuk Lapangan Terbang Ben Gurion Airport serta pangkalan skuadron ke-27 tentera udara Israel yang terletak di lapangan terbang itu.

IRGC memaklumkan bahawa pelancaran peluru berpandu tersebut dilakukan pada waktu subuh dengan menggunakan frasa kod operasi “Ya Hassan ibn Ali ”.

Menurut kenyataan itu lagi, peluru berpandu strategik yang dilancarkan bersama dron serangan berjaya menembusi beberapa lapisan sistem pertahanan udara serantau dan dalaman di wilayah yang diduduki, sekali gus mewujudkan apa yang digambarkan sebagai “neraka sebenar” bagi pihak penyerang.

Dalam kenyataan berasingan, IRGC turut mendakwa bahawa dalam gelombang ke-18 operasi yang sama, sebanyak 20 sasaran ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di rantau tersebut telah diserang di Baharin, Emiriah Arab Bersatu (UAE)  dan Kuwait.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa operasi tersebut menunjukkan tahap koordinasi luar biasa antara angkatan bersenjata Iran melalui serangan serentak pelbagai arah, yang menurut mereka telah mengubah corak pertempuran dan melangkaui jangkaan ketenteraan AS serta rejim Zionis.

IRGC juga mendakwa bahawa pasukan tentera AS telah berundur dari beberapa pangkalan serantau dan berlindung di hotel di negara tuan rumah, sambil menegaskan bahawa pergerakan tersebut dipantau rapat oleh perisikan Iran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img