Lelaki ada 54 rekod jenayah antara dua ditahan kes pecah rumah

DUA lelaki tempatan termasuk seorang yang mempunyai 54 rekod jenayah lampau ditahan di Teluk Kemang, Port Dickson minggu lalu selepas disyaki terbabit dalam 12 kes pecah rumah di tiga negeri.

Kedua-dua suspek berusia 34 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang di sebuah premis hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam empat kes pecah rumah di Negeri Sembilan, tiga kes di Kedah dan lima kes di Perak.

“Suspek berusia 34 tahun itu mempunyai 54 rekod jenayah lampau selain mempunyai dua kes sebagai orang dikehendaki polis.

“Suspek kedua pula mempunyai 11 rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai barangan kes antaranya mata wang asing, sebuah komputer riba jenama HP, dadah dengan anggaran berat 6.8 gram serta sebuah kenderaan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman sehingga 9 September bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here