POLIS menahan seorang lelaki, Sujady,55 selepas dia didapati menyembelih kucing di Sumatera Selatan dan menjual daging haiwan itu kepada penduduk.
Sujady yang ditangkap di sebuah hotel di Pagar Alam selepas videonya tular, ketika disoal siasat mengaku melakukan perbuatan itu sejak empat bulan lalu dan memberitahu penduduk bahawa daging tersebut adalah daging kambing muda.
Ketua Polis Pagar Alam, Asisten Komisioner Januar Kencana Setia berkata, berdasarkan maklumat, sudah 100 ekor kucing menjadi mangsa perbuatan tidak berkemanusiaan itu
‘’Sujady mengaku dia bunuh dan menjual daging kucing kepada penduduk sejak April lalu selepas Aidilfitri hingga sekarang,’’ katanya, lapor detik.com
Sujady berkata perbuatan itu dilakukan kerana memerlukan wang dan daging binatang itu dijual Rupiah 100,000 (RM25.60) sekilogram.
‘’Sebenarnya saya jual Rp120,000 tapi ditawar jadi Rp100,000 sekilogram. Biasanya seekor kucing boleh menghasilkan 1.5 kilogram daging, Pak. Untuk isi dalamnya tidak saya jual, Pak. Saya minta maaf,” kata Sujady dalam pengakuan kepada polis.



