Lelaki ditahan rendam anak anjing dalam tangki air

POLIS menahan seorang lelaki yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan dengan merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air di sebuah tapak pembinaan di Seksyen 32, Shah Alam semalam.

Lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sebuah tapak pembinaan kira-kira jam 3.40 petang, selepas polis menerima laporan orang awam yang melihat video insiden berkenaan melalui media sosial TikTok pada 2.14 pagi hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, ketika suspek ditangkap, tiga ekor anjing turut dirampas dengan bantuan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor untuk tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman denda RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara tiga tahun, manakala Seksyen 428 Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Laymand Rayne di talian 014-690 7071.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 22 saat memaparkan seorang lelaki bertindak merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img