Warga emas berkerusi roda mengaku salah amang seksual pesakit remaja

SEORANG warga emas berkerusi roda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pesakit remaja perempuan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Januari lalu.

Tertuduh, Zulkefli Abdul Rani, 60, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan berunsur seksual terhadap mangsa berusia 15 tahun tujuh hari pada jam 4 petang, 30 Januari lalu di zon hijau hospital berkenaan.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagi fakta kes dan hukuman serta menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan tidak bekerja, mengalami kecederaan kaki serta perlu menjalani rawatan dialisis.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,500 dengan syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport, melapor diri di balai polis setiap bulan serta tidak mengganggu saksi.

Mahkamah menetapkan 20 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img