Lelaki maut dalam kebakaran stor di Jitra

SEORANG lelaki maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah stor penyimpanan khemah di Kampung Pelubang di Jitra, Kedah petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa yang berusia 37 tahun dilaporkan berada di dalam stor berkenaan sebelum api marak.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran melibatkan sebuah stor penyimpanan khemah berkeluasan kira-kira 111.48 meter persegi (20 kaki x 60 kaki persegi) yang mengalami kemusnahan hampir 70 peratus.

“Mangsa dilaporkan terperangkap di dalam stor sebelum berjaya keluar dalam keadaan melecur, namun rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kematian mangsa disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di lokasi.

Operasi pemadaman berjaya dikawal kira-kira jam 6.13 petang sebelum kerja-kerja pemeriksaan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img