Lelaki maut ditikam gara-gara telefon bimbit

SEORANG lelaki maut ditikam dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselihan faham berkaitan telefon bimbit di sebuah rumah Kampung Sungai Udang di Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 8.30 malam membabitkan mangsa berusia 25 tahun dan suspek lelaki berusia 44 tahun.

Katanya, suspek pada mulanya datang ke rumah mangsa untuk mengambil semula telefon bimbit miliknya yang sebelum ini diserahkan kepada mangsa kira-kira seminggu lalu, lapor Sinar Harian.

“Pertemuan antara kedua-dua mereka dipercayai mencetuskan pertengkaran sebelum berlaku pergaduhan.

“Ketika kejadian, abang mangsa yang berada berhampiran menyaksikan kedua-duanya sedang bergelut sebelum mangsa ditikam,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, suspek kemudiannya melarikan dengan dengan bersembunyi dalam sebuah kereta kira-kira 300m dari lokasi kejadian sebelum berjaya ditahan polis.

Christopher berkata, semakan awal mendapati mangsa dan suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img