Lelaki tikam rakan gara-gara telefon bimbit direman 7 hari

SEORANG lelaki disyaki membunuh rakannya dengan menikam menggunakan parang di Kampung Sungai Udang, di Melaka, malam tadi direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret, hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal suspek memberi pinjam telefon bimbit kepada si mati pada minggu lalu selepas mendapati telefon bimbit mangsa rosak.

“Namun mangsa tidak memulangkan telefon bimbit dan memberikan pelbagai alasan.

“Suspek beranggapan si mati menjual telefon bimbit untuk membeli bekalan dadah, menyebabkan suspek geram lalu bertindak demikian,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut ditikam dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselihan faham berkaitan telefon bimbit di sebuah rumah Kampung Sungai Udang di Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 8.30 malam membabitkan mangsa berusia 25 tahun dan suspek lelaki berusia 44 tahun.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img