Lelaki maut jatuh bangunan hotel

SEORANG lelaki tempatan ditemui maut dipercayai selepas terjatuh dari sebuah bangunan hotel di Sungai Petani, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mayat lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditemui kira-kira jam 9.10 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bukan tetamu hotel terbabit dan dipercayai penduduk tempatan di daerah ini.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img