Banduan Pakistan lari penjara : Polis siasat kelemahan SOP

POLIS membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti sebarang kelemahan atau ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan insiden seorang lelaki warga Pakistan melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.

“Polis membuka kertas siasatan bagi memastikan sama ada wujud kecuaian atau kelemahan dalam pematuhan SOP.

“Kita akan meneliti semua aspek dan tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dan pihaknya percaya lelaki itu masih berada di sekitar kawasan Sungai Buloh.

Menurutnya, rakaman percakapan sudah diambil daripada beberapa pihak termasuk anggota polis, Jabatan Penjara serta tahanan lain yang menjadi saksi kejadian.

“Kita juga percaya suspek belum menghubungi mana-mana pihak dan kini bergerak bersendirian,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika proses menghantar tahanan reman ke Penjara Sungai Buloh oleh Cawangan Pengawal Pengiring Shah Alam.

Sebaik tiba di padang kawad penjara, suspek meloloskan diri ketika turun dari kenderaan polis.

Difahamkan, tahanan reman itu baru selesai menjalani prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam membabitkan kes seksual terhadap kanak-kanak, rompakan dan kesalahan imigresen.

Suspek dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, dan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren serta seluar panjang hitam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img