Lelaki rugi RM1.14 juta terperdaya tawaran pelaburan tidak wujud

SEORANG lelaki berusia 52 tahun kerugian RM1.14 juta selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan sehingga 15 peratus.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Mussain berkata, siasatan awal mendapati mangsa berkenalan dengan seorang wanita menggunakan nama ‘Fairini’ menerusi aplikasi WhatsApp awal Januari lalu.

“Suspek menawarkan satu skim pelaburan didakwa mampu memberikan pulangan keuntungan dengan cepat dan lumayan iaitu sehingga 15 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan.

“Pada 8 Februari lalu, mangsa membuat transaksi pelaburan pertama sebanyak RM5,000 ke dalam akaun bank diberikan suspek sebagai percubaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau  berkata, selepas transaksi itu mangsa menerima bayaran RM5,877.65 yang didakwa sebagai keuntungan pelaburan dan dimasukkan ke dalam akaun miliknya.

Katanya, selepas menerima pulangan berkenaan, mangsa semakin yakin dengan pelaburan ditawarkan sebelum membuat beberapa transaksi tambahan secara berperingkat ke beberapa akaun bank diberikan suspek.

“Transaksi itu dibuat dari 8 Februari hingga 26 Mac lalu dengan jumlah keseluruhan RM1,151,621.96.

“Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila suspek meminta bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran keuntungan yang kononnya diperoleh daripada pelaburan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan serta denda,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here