BEKAS juruhebah dan penyampai berita radio terkenal, Mariamah Tijo meninggal dunia hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya Hatta Othman melalui Fcebook beliau.
“Ibunda saya, Hajah Mariamah binti Tijo telah pulang ke rahmatullah pada pukul 5.00 pagi tadi, Khamis 23 April 2026. Semoga rohnya dicucuri rahmat, aamiin,” katanya.
Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyifatkan negara kehilangan seorang tokoh legenda bersuara emas.
‘’Ramai membesar dengan suaranya. Dulu suara itulah antara yang setia menemani kita. Kini tinggal kenangan yang sukar dicari ganti. Allahyarhamah berkhidmat dengan RTM sebagai juruhebah/penyampai radio sejak 1970-an hingga 2006… satu perjalanan panjang yang penuh dedikasi dan jasa,’’ kata Fahmi melalui Facebook.
Fahmi berkata, pada tahun 2024, beliau telah menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Allahyarhamah menerusi anaknya sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap warga media.
‘’Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.


