5 penuntut IKM maut kemalangan di Tuaran

LIMA penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, terbunuh dalam kemalangan di Simpang Pusat Latihan Rela, Jalan Sulaman, Tuaran, petang ini.

Dalam Kejadian jam 2 petang itu, kereta jenis Toyota Wish dinaiki kelima-lima mangsa dari arah Sepanggar menuju ke Kota Belud.

Sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah treler muatan batu kerikir.

Akibat kejadian itu, semua mangsa yang menaiki Toyota Wish tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Semua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa yang maut dikenali sebagai Harianto Anuar, 20; Neil Stanly Pletinie, 20; Mohammad Ikhwan Kurniawan, 20; Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy, 20; dan seorang lagi lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya.

Sementara itu, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mayat semua mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuaran untuk tindakan lanjut.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

 

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img