‘’Memusnahkan sasaran yang mudah dimusnahkan’’… Trump mahu serang  orang awam?

‘’AS akan memusnahkan sasaran “yang mudah dimusnahkan”, sehingga menjadikan Iran “hampir mustahil untuk dibina semula sebagai sebuah negara.”

Ancaman ini dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang semakin tertekan apabila peperangan dengan Iran bagaikan ‘buku bertemu ruas’.

AS yang menjalankan pakatan jahat dengan Israel yang diterajui penjenayah antarabangsa Benjamin Netanyahu mulai sedar bahawa Iran bukanlah boleh  ‘diratah’ sepertimana mereka laku di Gaza.

Kini apabila di ambang kekalahan dan untuk menutup malu, Trump cuba menjadikan penghantaran minyak melalui Selat Hormuz sebagai alasan untuk memberi amaran kepada Iran.

Kenyataan beliau ‘memusnahkan sasaran yang mudah dimusnahkan sehingga menjadikan Iran hampir mustahil untuk dbina semula sebagai sebuah negara’ bermaksud Trump akan mengarah tentera menyerah kawasan kediaman penduduk, hospital,sekolah dan apa sahaja yang tiada kaitan dengan ketenteraan.

Trump menggunakan taktik yahudi Zionis. Di Gaza mereka membuat tuduhan tidak masuk akal apabila mendakwa kesemua tempat tersebut terdapat anggota Hamas berlindung. Oleh itu apabila Trump mengatakan ‘yang mudah dimusnahkan’ jelaslah dalam peperangan itulah lokasi-lokasi yang dimaksudkan.

Seperti juga Benjamin Netanyahu, Trump juga akan menggunakan taktik pengecut untuk memusnahkan Iran. Trump bersedia berbuat demikian kerana dunia termasuklah negara-negara Islam khususnya di Asia Barat tidak boleh berbuat apa-apa.

Sebaliknya mereka memintas peluru berpandu Iran yang menuju ke arah lokasi kepentingan AS di rantau itu seperti pangkalan tentera.

Itu bukanlah ancaman pertama Trump terhadap Iran, sebelum ini apabila Motjaba Khamenei dipilih menjadi Pemimpin Tertinggi Iran,Trump bagaikan ‘hilang akal’ apabila memberi amaran  pemimpin baharu Iran “tidak akan bertahan lama” tanpa kelulusan dan “restu” daripada pihaknya.

Persoalannya apa hak AS untuk menentukan siapa yang harus memimpin Iran? Adakah AS mahu memilih seorang pemimpin yang boleh menjadi boneka mereka seperti Reza Palavi? Atau mahu pemimpin Iran itu bersikap seperti pemimpin-pemimpin di Asia Barat yang lebih menjaga hubungan dengan AS berbanding membela negara Islam yang sedang ditindas oleh AS?

Lihat sahaja apa yang berlaku di Gaza, negara-negara Islam terlalu percaya kepada pelan damai AS yang dilakar bersama Israel, kesudahannya sampai ke hari ini walaupun ada gencatan senjata itu hanyalah  istilah. Sebaliknya Zionis kini sudah menjajah Gaza dan wilayah itu bagaikah ‘hampir mustahil untuk dibina semula….’’.

Inilah yang mahu dilakukan Trump melalui pakatan jahat dengan Israel yang sememangnya sudah berpuluh-puluh tahun mahu memusnahkan Iran. Setakat ini Trump hanya bermimpi apabila Iran memberi tekanan sengit terhadap pencerobohan AS-Israel.

Dan buat sekelian kalinya  selain menyerang kepentingan AS di Asia Barat seperti pangkalan tentera, lebih menarik lagi peluru  berpandu Iran juga menjunam ke bumi Israel sekaligus.

Akibatnya Tel Aviv dan banyak kawasan di negara yahudi itu hampir musnah termasuk lapangan terbang antarabangsanya. Disebabkan itulah Trump terpaksa memberi amaran seolah-olah AS-Israel sedang menang dan membuat propaganda jahil kekuatan tentera Iran sudah berakhir sedangkan ketika Trump membuat kenyataan itupun, Iran sedang menyerang Israel dan kepentingan AS.

Itulah kualiti Presiden yang ada AS, nampak ‘gah’ sebab ada kuasa…kalau tak ada kuasa Trump hanyalah ‘badut’.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img