Murid prasekolah cedera parah dipercayai melintas secara tiba-tiba

SIASATAN polis terhadap kemalangan yang mengakibatkan seorang murid prasekolah cedera parah di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Geliga, kelmarin mendapati mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba sebelum terlanggar sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, hasil penelitian rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada kenderaan lain di lokasi kejadian mendapati murid lelaki berusia enam tahun itu melintas dari arah kiri ke kanan jalan sebelum melanggar bahagian kiri sebuah Perodua Myvi.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika pemandu wanita berusia 40 tahun itu dalam perjalanan dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga menuju ke SK Seri Geliga.

“Hasil siasatan mendapati murid berkenaan melintas jalan secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan sebelum melanggar bahagian kiri kereta Perodua Myvi terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Semalam, media melaporkan seorang murid prasekolah SK Seri Geliga cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan ketika melintas jalan di hadapan sekolah berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img