Nasib dua Ahli Parlimen Bersatu…Wan Saiful dipecat, Wan Ahmad Fayshal digantung keahlian

AHLI Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan dipecat sebagai ahli Bersatu  manakala Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia digantung keahlian selama sepenggal berkuat kuasa hari ini.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Lembaga Disiplin Bersatu dalam satu kenyataan turut memaklumkan empat Ketua Bahagian Bersatu turut dipecat iaitu Mohd Azrudin Md Idris ( Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar ( Pengerang), Mohd Fadhil Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang)

”Lembaga Disiplin sentiasa bertindak secara telus, adil, dan berlandaskan Perlembagaan Parti. Ahli parti Bersatu yang didapati bersalah melanggar disiplin Parti dan dijatuhi hukuman adalah berhak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari,” kata Lembaga itu dalam kenyataan.

Kata kenyataan tersebut, Lembaga Disiplin telah membuat keputusan berdasarkan siasatan yang telah dijalankan serta pertimbangan yang sewajarnya tanpa melibatkan mana-mana campur tangan pihak lain, bebas, dan tidak berat sebelah.

”Lembaga Disiplin juga menyeru kepada semua ahli Bersatu supaya mematuhi Perlembagaan dan Peraturan Kod Etika & Tatakelakuan Ahli demi menjaga nama baik Parti Bersatu,” kata kenyataan itu.


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img