Panel lampu LED di MR DIY MyTOWN terbakar 

KEBAKARAN melibatkan panel lampu LED di premis MR.DIY, pusat beli-belah MyTOWN, Jalan Cochrane berjaya dipadamkan oleh sistem sprinkler bangunan sebelum ketibaan pasukan bomba, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 3.53 petang sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama lima anggota dikerahkan bagi menjalankan operasi pemadaman dan pemeriksaan di lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan panel lampu LED di dalam premis berkenaan.

“Bagaimanapun, kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh sistem sprinkler yang terdapat di dalam bangunan sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan.

Tambah kenyataan tersebut, hasil pemeriksaan mendapati sistem pencegahan kebakaran dan sistem sprinkler di bangunan terbabit berfungsi dengan baik serta teratur.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img