PDRM siasat individu berpengaruh terlibat komplot jatuhkan kerajaan, gugat kestabilan negara

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara, dipercayai membabitkan seorang tokoh tempatan berpengaruh serta sebuah agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pihaknya semalam.

Menurut beliau, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun.

“PDRM mengesahkan menerima laporan polis semalam dan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara membabitkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.

“Siasatan masih diteruskan dan masyarakat dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara polis melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img