Pegawai Imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan

SEORANG pegawai Jabatan Imigresen Malaysia cedera akibat dirempuh seorang warga asing ketika menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur awal pagi ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Othman berkata, dalam operasi yang bermula jam 3.15 pagi, pegawai itu disyaki patah kaki kiri manakala suspek sempat meloloskan diri.

“Suspek bertindak agresif semasa keadaan kelam-kabut di tangga premis sehingga merempuh pegawai kami dan terjatuh. Pegawai itu dikejarkan ke hospital dan dilaporkan stabil,” katanya hari ini.

Menurut Basri, operasi melibatkan sejumlah 85 pegawai dan anggota termasuk 15 daripada Pasukan Taktikal Khas (Pastak) di mana sebanyak 48 daripada 98 warga asing yang diperiksa ditahan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan dikesan adalah tinggal lebih masa dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dengan mereka terdiri daripada warga Myanmar, Thailand dan beberapa negara Afrika.

Selain itu, Basri berkata, dua lelaki Nigeria ditahan kerana disyaki menyalahgunakan pas pelajar dengan bekerja sebagai pengacara lagu (DJ).

“Mereka dikesan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img