SEORANG pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam awal pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.07 pagi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Katanya, orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.


