Pekerja restoran makanan segera maut dalam perjalanan ke program RXZ Members 8.0

SEORANG pekerja di sebuah restoran makanan segera maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 258.6, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing di Chukai pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku pada jam 6.30 pagi ketika mangsa, Muhammad Shahrul Mohd Sabri, 20, dari Kuala Lumpur bersama enam penunggang motosikal lain dalam perjalanan ke program RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah di kepala serta kedua-dua belah kaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan penghadang jalan sebelah kanan sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang konkrit di antara penghadang jalan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Razi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di Chukai untuk proses bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img