Pelajar digalak bersihkan tandas, bukan kerja tukang cuci semata-mata – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa memberi kerjasama dalam mendidik anak-anak agar bertanggungjawab menjaga kebersihan termasuk membersihkan tandas di sekolah.

Beliau berkata, semua pelajar tanpa mengira latar belakang tidak seharusnya menganggap tugas berkenaan hanya dilakukan oleh pekerja pembersihan semata-mata.

“Semua anak-anak kita ini tanpa kecuali, bukan golongan bangsawan semua. Semuanya dalam tanggungjawab, tandas kita guna, kita bersihkan.

“Saya tidak fikir itu terlalu rumit dan saya minta ibu bapa beri kerjasama, latih anak-anak menilai semua jangan dianggap itu kerja tukang cuci, tukang bersihkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan pendekatan tersebut penting bagi membentuk nilai murni serta sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah.

Terdahulu, timbul perbincangan dalam kalangan ibu bapa di media sosial yang membantah tindakan segelintir pihak sekolah meminta pelajar membersihkan kawasan sekolah termasuk tandas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img