Pemandu bas ekspres pandu sebelah tangan direman empat hari

SEORANG  pemandu bas ekspres yang tular kerana memandu secara berbahaya baru-baru ini, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 53 tahun itu dikeluarkan Majistret Teoh Shu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki itu ditahan selepas menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Alor Gajah pada 12.10 tengah hari semalam.

Ketua Polis Alor Gajah Ahmad Abu Bakar berkata kejadian dipercayai berlaku semasa bas ekspres itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Johor Bahru, Johor.

Rakaman video berdurasi satu minit 20 saat yang memaparkan seorang pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan tidak selamat dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya tular di media sosial pada 16 April.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img