Pemandu Porsche pandu melulu dipenjara lima hari, denda RM10,000

PEMANDU Porsche Cayenne yang tular selepas didakwa memandu secara melulu hingga membahayakan pengguna jalan raya lain dijatuhi hukuman penjara lima hari, denda RM10,000 dan hilang kelayakan memandu selama lima tahun.

Tertuduh, peniaga dalam talian Woo Hong Jiang, 56, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 2.14 petang, 18 Oktober lalu di laluan pintas Lebuhraya Puchong menghala ke Bukit Jalil, Serdang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Natasya Mohtaruddin memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu serta-merta, lapor Buletin TV3.

Woo turut berdepan hukuman penjara tambahan selama enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mahkamah juga memerintahkan supaya sabitan kesalahan direkodkan pada lesen memandu tertuduh.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here