Pemandu teksi maut, empat cedera nahas tiga kenderaan di Rompin

SEORANG pemandu teksi maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 143 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, malam tadi.

Mangsa, Abdul Rahman Yusoff, 60, yang memandu kereta jenis Perodua Alza cedera parah di kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah, Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kemalangan pada jam 11.20 malam itu turut mengakibatkan penumpang kereta tersebut iaitu isteri, anak lelaki dan cucu perempuan mangsa berusia antara 14 hingga 58 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan manakala Perodua Alza dipandu mangsa dan sebuah kereta lain iaitu Proton Wira sedang bergerak dari arah bertentangan.

“Ketika di tempat kejadian pemandu Toyota Vios dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan serta melanggar dua kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu Toyota Vios berusia 26 tahun cedera manakala pemandu Proton Wira berusia 56 tahun tidak mengalami kecederaan.

Sharif Shai berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img