Penggantian dokumen percuma mangsa kebakaran Kampung Bahagia – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penggantian percuma dokumen pengenalan diri dan berkaitan kepada semua mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan pada Ahad lalu.

Perdana Menteri berkata, penggantian dokumen berkenaan antaranya sijil kelahiran, MyKid, MyKad, sijil kematian dan sijil perkahwinan bukan Islam.

Beliau berkata, proses penggantian itu dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui perkhidmatan bergerak ke lapangan atau dikenali MEKAR (Menyemai Kasih Rakyat).

Menurut Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui JPN mempunyai pangkalan data dan rekod terperinci bagi menentukan status kewarganegaraan individu dalam proses menggantikan dokumen pengenalan diri mangsa kebakaran di kampung itu.

Tambah beliau, rekod sedia ada yang lengkap itu sekali gus dapat menepis kebimbangan pelbagai pihak mengenai kemungkinan proses berkenaan disalah guna oleh individu bukan warganegara yang cuba mengambil kesempatan.

“Ada kebimbangan takut orang-orang yang bukan warganegara berdaftar… tidak mungkin, kerana daftar kita ada… rekodnya ada dan kita akan pastikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Projek Perumahan Rakyat Taman Batu Sapi, Sandakan hari ini.

Turut bersama-sama beliau dalam lawatan itu ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Pada Ahad lalu, kebakaran besar di perkampungan atas air itu memusnahkan kira-kira 1,000 rumah dan melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img