Pengurus syarikat kerugian RM137,600 ditipu tender projek tidak wujud

SEORANG pengurus syarikat kerugian RM137,600 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran tender membekal mesin janakuasa elektrik yang tidak wujud, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kulai Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa wanita berusia 32 tahun itu semalam.

Menurut beliau, mangsa mendakwa syarikatnya ditawarkan tender perkhidmatan membekal mesin janakuasa elektrik untuk Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak.

“Mangsa bersetuju untuk membeli enam unit mesin janakuasa mudah alih serta empat unit bateri dengan nilai keseluruhan RM137,600.

“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa membuat tiga transaksi pembayaran ke dalam satu akaun bank tempatan antara 10 hingga 13 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Seng Lee, mangsa kemudian menghubungi pihak institut berkenaan bagi mendapatkan pengesahan lanjut berhubung tender terbabit.

“Bagaimanapun, hasil semakan mendapati tiada sebarang tender dikeluarkan bagi membekalkan mesin janakuasa dan kabel elektrik berkenaan.

“Menyedari dirinya ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img