Penunggang maut langgar babi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja

0
122
Lokasi mangsa yang dilaporkan melanggar seekor babi melintas secara tiba-tiba di Jalan Parit 8, Sri Gambut, Sungai Besar.

SEORANG pembantu perawatan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Parit 8, Sri Gambut, Sungai Besar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa melanggar haiwan terbabit sebelum hilang kawalan dan terbabas.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 6.48 petang hari sama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai menggunakan laluan berkenaan setiap hari untuk berulang-alik ke tempat kerja.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here