SYARIKAT- syarikat tenaga utama Barat kini mempercepat usaha mencari sumber minyak dan gas baharu di luar rantau Timur Tengah, susulan peningkatan ketegangan geopolitik.
Menurut laporan Wall Street Journal, syarikat seperti ExxonMobil telah mengemukakan pelan pelaburan bernilai AS$24 bilion bagi pembangunan medan minyak laut dalam di Nigeria. Sementara itu, Chevron dilaporkan memperluas operasinya di Venezuela.
Dalam perkembangan sama, BP telah membeli pegangan dalam blok minyak di luar pesisir Namibia, manakala TotalEnergies menandatangani perjanjian penerokaan dengan Turki.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada strategi syarikat-syarikat tenaga Barat untuk mengurangkan kebergantungan terhadap rantau Teluk, khususnya ketika ketegangan melibatkan Iran semakin meningkat.
Laporan tersebut turut menyatakan bahawa risiko keselamatan terhadap infrastruktur tenaga di rantau itu telah mendorong syarikat-syarikat berkenaan memindahkan sebahagian pelaburan mereka ke kawasan yang dianggap lebih stabil.
Selain itu, gangguan terhadap rantaian bekalan dan kerugian kewangan akibat konflik turut menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi perubahan strategi pelaburan global dalam sektor tenaga
IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI
FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


