Dua penunggang ditahan aksi ‘wheelie’ di Ampang Jaya

JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menahan dua penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Motosikal (OSJ) di sekitar sebuah sekolah menengah di Ampang Jaya, semalam.

Operasi yang dijalankan pada 20 April itu dilaksanakan susulan aduan awam berkaitan kegiatan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan JSPT, sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman melakukan pemantauan serta pemerhatian rapi sebelum menahan dua individu yang didapati melakukan aksi ‘wheelie’ secara berulang kali sehingga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Hasil operasi itu, kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, empat motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 akta sama, manakala 17 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ampang untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, JSPT menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan lalu lintas, khususnya melibatkan penunggangan secara berbahaya yang boleh mengancam keselamatan awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img